Sunday 11 December 2011

SEPI TANPAMU




Hari - hariku yang sunyi,
tanpa bintang - bintang, 
yang biasa bersinar terang,
seperti hati ku yang kini sedang kelam,
di rundung mendung yang sangat tebal,

wahai angin laut disana,
fahami jeritan hati ku yang sunyi,
tolonglah aku dari derita,
yang tak kunjung selesai,
tariklah aku dari kelamku,

ada kah seorang kekasih,
yang sunguh mencintaiku,
bukan kekasih,
yang tinggalkan ku disaat kegundahan,
adakah CINTA yang abadi untuk ku,
bukan CINTA yang selalu menghilang,
dalam suramnya hati,

aku hanya ingin ketulusan,
aku hanya mendamba kebahagiaan dari CINTA,
aku hanya berharap kesetiaan yang abadi,
datang pada ku hari ini, esok, dan selamanya...

Sunday 4 December 2011

Aku Yang Sendiri



terlalu lama masa yang aku perlukan untuk melupakan dirimu...walau dirimu hadir hanya sementara namun kesannya terhadap diriku ini teramatlah mendalam...hari2 yang ku lalui tanpa hadirnya dirmu amat memeritkan pada permulaannya...namun sedikit demi sedikit ak telah belajar untuk hidup keseorangan dan penuh berdikari... kini ak telah berjaya mengorak langkah yang dahulunya berat tika ingin meninggalkan jejak dan kenangan bersamamu...

langkah yg ku jalani kini terasa ringan....namun....ada tika kenangan dan wajahmu menghiasi ruangan minda.. mata...hati...dan setiap hirupan dan hembusan nafasku....ianya amat menyasakkan diriku...kurasakan itu adalah kamu...namun bila tersedar dan kembali keruangn yg realiti dan nyata...dapat kusedari yang hati ini merinduimu...rindukan senyummu..tawamu...jelingan dan redup matamu..prihatin dan perhatian yang kau berikan pada diriku ini...

sememangnya kau cinta keduaku namun ianya sehebat dan sekuat cinta pertamaku...bukan... ianya berkemungkinan lebih kuat lagi daripada apa yang aku sangkakan...sesungguhnya ak amat merindui dirimu...namun apa boleh ku lakukan lagi..ianya hanyalah kenangan yang tidak mungkin ku kutip semula biarpun batinku meronta untuk mencari dan mengutipnya kembali...aku hanya mampu berdoa dan memohon kepada ALLAH supaya aku diberi kekuatan untuk menjalani hidup ini dengan lebih kuat tanpa dirimu..


SAYANG~



Tuesday 29 November 2011

Ciri Ciri Orang Mencintai Kamu







Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan senarai ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.. untuk pedoman bersama :)

-Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

-Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

-Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

-Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

-Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

-Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

-Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

-Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

-Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

-Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

-Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

-Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

-Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

-Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

-Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

-Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

-Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

-Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

-Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

-Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

♥ lots of love :)

Sunday 27 November 2011

Apa Itu Cinta




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Nukilan Cinta Untukmu



1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu

2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..



5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

Saturday 26 November 2011

Hukum Hudud







HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yang telah ditentukan kadar hukumannya oleh ALLAH... itu tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yang manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yang ALLAH serahkan kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya. Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir. Bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau terus dibuang kes. Contoh-contoh hukum hudud ialah: 1-Hukum potong tangan kepada pencuri. 2-Hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati. 3-Hukuman sebat kepada pembuat fitnah. 4-Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak. 5-Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin.

Friday 25 November 2011

-SUNYI-



Kehidupan yang memeritkan sudah lama bermula. Aku kini keseorangan. Cuma bertemankan kenangan yang indah dan menyayat hati. Isteri dan anak aku telah pergi. Kembali kepada-Nya. Aku akur. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya lah jua kita akan kembali. Titisan air mata aku kian meluncur laju di pipiku. Apakah ini sudah menjadi suratan takdir bagiku? Aku harus menerima dengan kerelaan hati yang sentiasa merindui kedua-dua insan yang amat aku sayangi.

‘Aiman, sayang. Buat apa tu?’
‘Aiman fikir ibu, papa.’
‘Oh!!’
‘Aiman rindu sangat dengan ibu, papa. Ibu pergi mana, papa?’

Aku terdiam sejenak. Aku telah kehilangan teman sehidup sematiku yang amat kusayangi dalam satu “pertempuran” yang sungguh menyayat hati. Isteriku yang disayangi telah pergi disebabkan kanser hati yang tidak sempat diubati. Pemergian ini menyebabkan anakku seolah-olah tidak keruan. Aku tidak tahu apa yang terlintas di fikirannya. Sejak isteriku ‘pergi’ , aku dan anakku bukan diri yang masing-masing. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Anakku pula kelihatan mencari-cari sesuatu yang aku tidak pasti apa yang dicarinya. Tetapi aku masih tidak dapat meneka apa yang difikirkannya. Adakah dia tertanya-tanya ke mana ibunya telah pergi? Mungkin benar tekaan aku, tetapi bagaimana tekaan aku meleset sama sekali.

‘Papa.’
‘Ya, sayang.’
‘Kenapa, papa’
‘Tak ada apa-apa, sayang.’

Hatiku terasa sebak. Air mataku ini tidak dapat ditahan lagi. Arghhh!!! Aku tak boleh menangis depan Aiman. Aku mesti kuat. Arghhh!!!! Aku terus pergi bilik bacaan meninggalkan Aiman yang masih dengan fikirannya yang masih memikirkan ke mana ibunya telah pergi. Air mataku mengalir umpama tiada hentinya.

“Ya ALLAH, ya Tuhanku. Kau lah tempat ku berlindung dan Kau lah juga tempatke memohon redha dan kekuatan. Kau kuatkanlah aku, ketabahanku untuk menerima segala ujian dan dugaanMu, Ya ALLAH ! Kau berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini tanpa penyeri kehidupanku dan rumahtanggaku yang bernama isteri. Kau tempatkanlah dia di kalangan para salihin dimana tempat dia sepatutnya berada. InsyaAllah. Kau tenangkanlah hati anakku, Aiman untuk menghadapi hari-harinya yang mendatang. Amin Yarabbal Alamin.”

Air mataku mengalir lagi. Aku bagai hilang punca untuk menghentikan tangisan ini. Aku tidak mampu… Arghhhh!!!!!! Dahulu, isteriku yang menceriakan aku ketika aku bersedih. Tapi kini, siapa? Adakah pengganti bagi isteriku, Maisarah? Tapi perlukah aku mencari penggantinya? Menggantikan tempat dihatiku yang telah diduduki oleh Maisarah setelah sekian lama. Adakah Aiman akan menerima sekiranya aku mencari pengganti bagi ibunya? Arghh!!!!!!!!! Aku tak perlu berbuat demikian. Aku yakin aku akan mampu menjaga Aiman bersendirian tanpa bantuan sesiapa pun. Kecuali aku pergi kerja, tentulah aku hantar ke rumah mak aku kan? Apalah kau ni, Rasyim?
Dua bulan telah berlalu...

Aku mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu untuk meluangkan masa dengan Aiman. Lagi pun Aiman cuti juga. Cuti pertengahan semester selama seminggu. Aku nak ajak Aiman pergi bercuti. Tapi di mana tempat paling sesuai? Nanti jer aku tanya Aiman sendiri mana dia nak pergi. Aduh.. Laparnya.


"Papa!"

"Apa yang Aiman buat pagi-pagi buta ni?"

"Tak ada apa-apa."

Aku terhidu sesuatu yang pelik datang dari arah dapur.

"Aiman ada buat apa-apa kat dapur?"

Aiman hanya mendiamkan diri.

"Papa pergi tengok dapur dulu. Kalau ada apa-apa kat dapur, Aiman sedia dengan alasan Aiman. Ingat tu.


Tiba-tiba....


"AIMAN!"

Darah aku meluap-luap bagai mendidih dan bagai gunung berapi yang bakal meletus dan mencurahkan laharnya.

"Aiman buat apa kat dapur ni? Kenapa Aiman ni? Tak ada masalah, jangan cari masalah."

"Aiman tak dapat tidur. Aiman lapar. Aiman teringat 'pancake' yang Aunty Nazirah beri semalam. Aiman nak panaskan. Tiba-tiba sahaja perut Aiman memulas. Jadi Aiman pergilah tandas. Tak dapat tahan dah. Lepas tu, Aiman hidu apa yang papa terhidu juga. Aiman panik. Aiman 'spray' guna 'spray bottle'. Papa, Aiman minta maaf. Aiman tak sengaja. Papa jangan marah."



"Macam mana papa tak marah? Macam mana kalau ada apa-apa yang berlaku pada Aiman? Siapa yang susah? Papa juga yang susah dan Aiman turut susah. Lain kali kalau Aiman lapar, makan saja Koko Krunch dalam kabinet tu. Kan papa dah beli banyak untuk Aiman. Kalau tak pun, kejutkan papa."

"Aiman memang nak kejutkan papa. Tapi, Aiman takut papa marah Aiman ganggu tidur papa."

Aku menjadi buntu apabila Aiman memberi alasan yang boleh diterima akal. Bagi aku, aku tidak kisah tidurku diganggu hari ini kerana aku cuti. Tidak mengapalah. Aiman masih kanak-kanak lagi. Aku tidak kisah. Dalam usianya yang masih berusia enam tahun, pemikirannya masih belum matang.

"Papa! Papa!"
“Ya, Aiman? Ada apa-apa lagi?”

Jauh sungguh aku mengelamun. Alangkah baiknya kalau Maisarah masih ada di sisi untuk mengurus semua perkara ini. Dia tidak sama sekali pernah merungut. Malah, sepanjang perkahwinan aku dengannya, dia tidak pernah meninggikan suara kepada aku malah anaknya, Aiman yang nakal itu. Sungguh pun dia sedang marah, Maisatah isteriku yang solehah itu masih mampu tersenyum. Arghh!! Aku makin kemaruk memikirkan isteriku yang dah pergi untuk selama-lamanya. Hurh!!!

“Aiman, dengar pesan papa ni. Kalau Aiman lapar, Aiman kejut jer papa. Papa janji papa tak marah punyer. Papa meradang jap. Hehe. Gurau jer. Papa ada sediakan Koko Krunch untuk Aiman. Banyak lagi tu. Boleh katakan penuh kabinet bawah dapur tu. Aiman jangan nak memandai lagi tau nak masak sendiri. Nanti benda buruk jadi macam mana? Aiman saja waris papa sekarang. Papa dah tak ada sesiapa kat dunia ni kecuali Aiman dengan nenek . Aiman dengar cakap papa k. Aiman sajalah harapan papa. Aiman jangan nakal-nakal tau. Aiman mesti dengar cakap papa.”
“Baik papa. Aiman janji Aiman tak akan ulang lagi perkara tadi. Papa, Aiman lapar.”
“Papa pun lapar jugak. Aiman nak makan apa? Nanti papa belikan.”
“Aiman nak makan roti canai lah. Dah lama tak makan roti canai. Papa nak beli kat mana?”
“Kat tempat biasala. Aiman nak ikut papa?”
“Nak ikut.”
“Cepat pergi tukar baju. Papa tunggu kat ruang tamu. Jangan lambat sangat.”
“Baik papa.”

************


Hari ini hari terakhir aku bercuti. Esok aku akan mulai bekerja dan Aiman turut mula bersekolah. Sepanjang cuti ini, aku meluangkan banyak masa dengan Aiman. Aiman cukup gembira sepanjang cuti ini. Masa Aiman banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang disukainya lebih-lebih lagi apabila aku membawanya dan mak pergi melancong ke destinasi yang diidam-idamnya iaitu Disneyland. Wajah Aiman menampakkan kegembiraannya. Tetapi aku tidak tahu akan isi hati. Adakah dia sentiasa mengingati ibunya? Bukan aku melarang Aiman untuk sentiasa mengingati ibunya, isteriku , aku cuma bimbang ia akan mengganggu kehidupan Aiman.


Keesokan harinya.

“Aiman. Bangun, nak. Sekolah.”
“Baik, papa.”
Kebingungan. Aku tidak tahu nak hantar Aiman ke mana nanti lepas habis masa sekolah. Mak balik kampung nak melawat Mak Ngah. Aku pula terpaksa kerja lebih masa hari ini. Nak ditinggal Aiman keseorangan kat rumah, aku tak boleh. Nanti macam-macam perkara boleh berlaku.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” jawab aku.
Ohhh. Rupa-rupanya Nazirah.
“ Ada apa, Nazirah?”
“Ni. Mak saya ada buatkan nasi lemak. Dia pesan suruh berikan kat anak awak. Buatkan bekal ke sekolah.”
“Terima kasih, Nazirah. Boleh saya bertanya sedikit?” tanya aku dengan sedikit rasa keberatan.
“Boleh. Tak ada masalah. Tanya jer.”kata Nazirah.
“Tengah hari ni awak sibuk tak?” aku bertanya.
“Tengah hari ini? Tak rasanya. Kenapa?” Nazirah hairan.
“Sebenarnya, hari ini saya terpaksa kerja lebih masa. Kemungkinan balik pun waktu malam. Almaklumlah. Saya bercuti panjang minggu lepas. Kerja berlambak-lambak. Jadi, saya nak tinggalkan Aiman kat rumah awak untuk hari ini. Boleh ke?”
“Ohh... Ingatkan apa tadi. Hehe. Boleh. Awak pun sibuk. Tak apa. Nak saya jemput dia pulang dari sekolah jugak ke? Kebetulan saya nak pergi sekolah tu jugak nanti.”
“Kalau Nazirah tak keberatan, boleh jugak. Tapi... Tak menyusahkan awak ker??”
“Takder lah.”
“Kalau begitu, nanti saya beritahu Aiman. Terima kasih banyak-banyak.”
“Tak mengapa. Saya ikhlas membantu.”

Malam waktu sudah menjelang. Aku balik ke rumah setelah seharian bekerja. Menyelesaikan semua kerja yang tertunggak sebelum aku bercuti. Alhamdulillah, semua beres. Aku segera ke bilik Aiman.

“Aiman.” Kataku sambil mengetuk pintu.

Pintu terbuka. Bilik anakku gelap gelita. Aku hidupkan lampu. Alangkah terkejutnya aku melihat sesuatu yang aku tak sangka akan berlaku di rumah aku. Aku terus ke bilik aku. Alhamdulillah. Semua barang peribadi aku masih selamat. Tapi, di manakah anak aku?

“ Kenapa tabung dia saja yang pecah sedangkan barang lain yang lebih berharga tidak dicuri? Aku kehairanan.

“ Assalamualaikum.” Ucapku.
“ Waalaikumsalam. Ada apa, Wan?” tanya ibu Nazirah, Mak Cik Rozita.
“ Mak cik, Aiman masih ada kat sini tak?” tanya aku. Keresahan.
“Tak ada, Wan. Dia dah balik petang tadi dah.” Ujar Mak Cik Rozita.
“Ye ker?? Tak apa lah, mak cik.”
“Ada papa yang tak kena, Wan?” tanya mak cik Rozita. Naluri orang tua sememangnya begitu. Sentiasa dapat mengagak sesuatu yang tak kena.
“Aiman tak ada kat rumah, mak cik. Tabung dia pecah berderai. Tapi barang-barang saya yang lain tak terusik. Saya takut apa-apa terjadi kat Aiman, mak cik. Dia saja lah anak saya.”
“Betul ker??”
“betu..........

Telefon bimbit aku berdering. Nombor yang tertera tidak ada dalam senarai. Aku jawab dengan penuh curiga dan kerisauan.

“ Hello. Ini Encik Rizwandi?” tanya suara yang aku tak kenali.
“Ya, saya. Ada apa?” tanya aku dengan berhati-hati.
“Saya pekerja dari Hot Cross Bun hendak memberitahu bahawa anak Encik, Aiman ada di kedai kami. Kalau boleh, kami minta encik segera datang ke sini. Terima kasih.” Kata suara itu.

Aku bernafas lega. Tapi, rasa hairan aku semakin meningkat. Apa Aiman buat di Hot Cross Bun malam-malam begini? Aku segera ke kedai itu.

“ Papa.” Panggil Aiman.
“ Aiman buat apa kat kedai ni malam-malam macam ni? Aiman pergi dengan siapa?” tanya aku tergesa-gesa kerana bimbang akan anakku.
“Aiman pergi sorang-sorang. Aiman nak beli kek.” Jawab Aiman.

“ Buat apa nak beli kek? Aiman tahu tak. Bahaya kalau Aiman jalan sorang-sorang. Nanti macam-macam boleh berlaku. Nasib pekerja sini ada telefon papa. Kan papa sudah pesan, kalau lapar makan saja Koko Krunch dulu. Papa balik dari kerja, papa masak. Kenapa degil sangat ni?” kata aku dengan nada marah.

Aiman mula menangis. Aku risau bercampur marah. Kenapa Aiman semakin berani tidak mendengar kata aku.

“ Papa tak ingat apa-apa ka hari ini?” kata Aiman teresak-esak menangis.
“ Ingat akan apa?” kataku.
“Hari ini adalah hari paling istimewa bagi Aiman. Hari yang Aiman tunggu-tunggu. Papa langsung tak ingat ka? Hari ini hari jadi ibu, papa. Sebab itu Aiman pergi kedai ni. Aiman nak beli kek untuk sambut hari jadi ibu. Walau ibu sudah pergi, Aiman tetap akan sambut hari jadi ibu, papa. Sampai hati papa lupakan hari jadi ibu.”

Aiman terus lari keluar dari kedai dan tiba-tiba............... 


“AIMANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN...... Jangan tinggalkan papa, nak. Papa dah tak ada sapa-sapa. Aiman saja lah waris papa. ”
“ Telefon ambulans.” Kataku meminta pertolongan.
Tidak lama selepas itu, ambulans datang. Aiman masih kaku. Tidak bergerak. Aku yakin Aiman akan selamat. Aku yakin. Tangisan aku sudah tidak dapat dibendung lagi. Aku melihat anak aku terbaring kaku di atas katil ambulans.

“Aiman mesti kuat. Jangan mengalah. Aiman pasti selamat nanti. Papa yakin Aiman selamat.” Bisikku kepada Aiman sambil menenangkan hati ini yang kebimbangan akan kehilangan seorang lagi insan yang sungguh bermakna bagiku.
Aiman dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Aku menunggu dengan penuh rasa bimbang dan sedih atas apa yang telah berlaku sebentar tadi. Aku tidak sepatutnya memarahi Aiman tanpa usul periksa. Semua ini salah aku. Salah aku. Kalau aku tak memarahi Aiman tadi, pasti perkara ni tidak berlaku. Bodohnya aku. Titisan air mata membasahi pipiku. Laju meluncur.

“Encik Rizwandi” seorang doktor memanggil aku.
“Ya saya. Macam mana dengan anak saya, doktor? Dia tak apa-apa ker, doktor?”
“Saya minta maaf, Encik Rizwandi. Saya dah cuba sedaya upaya saya untuk menyelamatkan anak encik. Tapi tak berjaya. Kecederaan yang dialami anak encik amat kritikal. Dan sekiranya anak encik selamat sekalipun, dia mungkin akan koma untuk tempoh masa yang lama. Kemungkinan koma untuk sepanjang usianya. Encik mesti tabah. Ini semua ujian dari ALLAH SWT. ALLAH lebih sayang dia. Encik mesti terima hakikat ini. Sekali lagi saya nak meminta maaf.” Jelas doktor itu.

Tidak. Ini tak mungkin terjadi. Ini semua mustahil. Semua ini salah aku. Kalau aku tak kerja lebih masa hari ini, semua ini tidak akan berlaku.

“Encik Rizwandi. Encik Rizwandi.” Kedengaran suara doktor itu memanggil aku sebelum semuanya menjadi gelap-gelita.


Kini aku keseorangan. Cuma bertemankan kenangan yang indah dan menyayat hati. Isteri dan anak aku telah pergi. Kembali kepada-Nya. Aku akur. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya lah jua kita akan kembali. Titisan air mata aku kian meluncur laju di pipiku. Apakah ini sudah menjadi suratan takdir bagiku? Aku harus menerima dengan kerelaan hati yang sentiasa merindui akan kedua-dua insan yang amat aku sayangi. Aku mengharungi hari-hariku kini dengan penuh tabah. Semua ini berlaku pasti ada himahnya. Frasa ini yang sering aku gunakan untuk menenangkan hatiku. Ya ALLAH, tempatkanlah isteriku, Maisarah dan anakku, Aiman di tempat yang telah Kau janjikan. InsyaAllah. Suatu hari nanti, kita pasti bersua semula dalam syurga yang kekal abadi. Amin yarabbal alamin.

Dari karya: Shukri/Nama Samaran